Monday, 13 October 2014

Aku Mangsa Fesyen ?




            Wanita memang sinonim dengan fesyen . Kalau tak berfesyen , katanya ketinggalan zaman. Kadang-kadang , aku fikir tak patut cakap ketinggalan zaman kerana fesyen mengikut putaran saja . Fesyen zaman dulu pun boleh jadi trend sekarang . Contohnya , vintaj . Siapa tahu dahulunya fesyen ni menjadi kegilaan nenek dan ibu kita .


            
           Okay , apa itu mangsa fesyen ? Bagi aku , mangsa fesyen adalah seseorang yang mengikut fesyen tertentu tapi nampak tak menarik pada dirinya . Lagi satu ciri mangsa fesyen ialah mereka sanggup berhabis duit untuk beli barang yang mahal-mahal dan berjenama demi mengikut fesyen yang disukai walaupun sebenarnya mereka tak mampu . If u all tergolong dalam golongan ni , cuba tanya pada diri sendiri , am i a fashionvictim ?






                 
              Memang ada segelintirwanita yang jadi mangsa fesyen . Si pemangsa tu mungkin pereka fesyen dan peniaga yang menawarkan jualan dan mangsa adalah si pemakai atau pun pembeli . Kasihan tapi tu lah hakikatnya . Tengok orang lain berfesyen , diri pun mahu berfesyen malangnya fesyen yang dipilih tak kena dengan personaliti atau lebih teruk , langsung tak sesuai dengan bentuk fizikal . Sebab tu lah sebelum membeli dan memilih busana , ambil tahu serba sedikit tentang gaya fesyen yang tengah in . Jangan asal boleh saja ! Kelak kita akan dipandang janggal . Kononnya fesyen kita tu mencuri perhatian padahal ia mengundang kutukan . Nauzubillah ..



              
              Tapi terdapat juga kes di mana busana cantik sudah dibuat tapi si pemakai pula tak tahu mix and match . Salah pacu , akibatnya penampilan jadi persis badut . Bukannya tak boleh berfesyen , tapi biarlah berpada-pada . Pandai-pandailah menyuai padan dan pentingkan keselesaan ! Kalau tiada keselesaan , tentunya tahap keyakinan akan berkurangan dan kita mulalah rasa macam makhluk asing . Dok gitu ? 








            Oh ,aku pun mengingatkan diri aku sendiri juga . Yes , I do sometime picky and choosy dalam memilih busana . Berjam-jam menyembah almari tapi akhirnya , baju yang sama jugak disarung . Ini memang kelakar ! atau orang kedah kata lawak . Busana dalam almari punyalah bersusun tapi tetap juga pakai busana yang sama . Well ladies , remember comfort is everything ;)



No comments:

Post a Comment

Sayang . Dah habis baca , komen sini yaa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Fatin Mahmud dari 2013-2014