Hai ! kali ni novel nukilan Aliesha Kirana yang berjudul Love You Mr. Arrogant
pulak menjadi pilihan untuk didramakan . Haha , sebenarnya fatin dah baca novel ni . Saja nak ceritakan balik kepada sesiapa yg rajin terjah blog fatin yg tak seberapa ni :D Drama rantaian 26 episod ini menampilkan
gandingan pelakon seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Anzalna
Nasir, Norish Karman dan ramai lagi .
Pelakon : Zara Zya (Zaara Amirah) , Azlee Khairi (Zafriel Irham)
, Hanez Suraya (Sherry) , Keith Foo (Hadry) , Anzalna Nasir , Norish Karman
(Puan Sri Maryam) , Mustapar Kamal (Tan Sri Zahir) , Fadillah Mansor , Alex
Yanz , dan Aisyah Illias | Lagu Tema : Tetap Menantimu - Nomad ;)
Okay . Cer scroll ke bawah . Itu dia sinopsisnya . Baca dari A-Z ek ;)
Drama
bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham dan Zaara yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak
disengajakan . Ketika itu , Irham sedang buntu memikirkan cadangan
emaknya , Puan Sri Maryam yang ingin menjodohkan dia
dengan Sherry wanita yang tidak pernah dicintai .
Beberapa
hari mengenali Zaara , Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan Sherry
dan memenuhi syarat ayahnya , Tan Sri Zahir . Jika Irham tidak berkahwin
dalam masa terdekat , syarikat Irham Holdings akan jatuh ke tangan
sepupunya , Hadry . Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh
keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan apa
sahaja demi mempertahankannya .
Zaara
terkejut dengan permintaan Irham . Malah , Irham sanggup menghubungi ibu
bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang
bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara . Perbuatan
Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja
menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti
rugi hutang kemalangan tempoh hari .
Akhirnya ,
Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga
meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu .
Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya
kacau-bilau dengan perangai ego Irham . Malam pertama sahaja dia sudah
diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya .
Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari
keluarga Irham .
Tanpa
disedari , Zaara mula menyintai suaminya dalam diam . Walaupun Irham
nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula
mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti
oleh Puan Sri Maryam dan Sherry .
Di
saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan , hubungan mereka diuji
dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal , rakan sepejabat Zaara yang
psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi
mendapatkan Zaara . Malah , Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa
berusaha mendekatinya . Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan
tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya .
Malah ,
Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan
mengalami masalah jantung yang agak teruk . Puan Sri Maryam meminta Irham
agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry . Mengenangkan
kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara
mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry . Irham tersepit dengan
keadaan yang menghimpit dirinya . Adakah Irham akan menurut hajat
terakhir emaknya atau mempertahankan rumah tangga bersama isteri yang
baru dicintainya tu ? Kalau nak tahu cerita selanjutnya , korang boleh beli dimana-ll kedai buku , beli novel dia ek ? tak pun korang tengok ja cerita dia dekat slot Akasia 26 episod mulai 25 September 2013 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang di TV3 ! :D
Ni haa novel dia , alaa beli ja dekat kedai buku yg berdekatan dengan rumah korang . Tu pun kalau korang lebih suka baca dalam novel la . Hehe . Tiada paksaan :P Hai hai , Bye bye ! ;)
No comments:
Post a Comment
Sayang . Dah habis baca , komen sini yaa :)